CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 14, 2008

Biodata Guru Muzik Cemerlang








BIODATA:
Zainal Ariffin bin Ab Ghani

Lahir: 8 Julai 1953 Tempat Lahir: Ulu Bendul,

Tanjung Ipoh, N.Sembilan

Januari 1996 - Guru Bahasa di Sek. Men. Dato Abdul Samad,

Tg.Ipoh, N. Sembilan

16 Mac 1998 - Guru Muzik Beredar di Sekolah-sekolah sekitar

Tanjung Ipoh dan Kuala Pilah :

1. Sek. Ren. Keb. Dato Idris

2. Sek.Ren. Jen. Keb. (C) Chung Hwa

3. Sek. Keb. Terachi

4. Sek. Keb. Talang

5. Sek. Keb. Kuala Pilah

1 Januari 1981 - Mengikuti Kursus Perguruan Khas (Muzik)

di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras,K.L.

1 Januari 1982 - Berkhidmat semula di sekolah-sekolah di

atas sebagai Guru Muzik Beredar.

16 Septrember 1983- Pensyarah Muzik di Maktab Perguruan Sarawak

Miri, Sarawak.

1 Januari 1990 - Pensyarah Muzik di Maktab Perguruan Kuala

Terengganu, Batu Rakit, Terengganu.

16 Aril 1992 - Pengelola Kanan (Muzik) di Bahagian Sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia, K.L.

16 November 1995 - Pensyarah Muzik di Maktab Perguruan

Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka.

Hingga kini masih di Maktab Perguruan Perempuan Melayu kini

Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.

Penerbitan Buku:

1. Asas Teori Muzik - NKK Equity Sdn. Bhd 1993

2. Asas Rekoder - NKK Equity Sdn. Bhd 1994

3. Asas Nyanyian Semerta - NKK Equity Sdn. Bhd.

Tuesday, October 7, 2008

Sekolah terbilang...Lonjak kecemerlangan


MEMPUNYAI Guru Cemerlang adalah antara kemestian di sesebuah sekolah dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan. Demikian Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan, yang kini muncul sekolah kluster dan sekolah berasrama penuh mempunyai ramai guru berkenaan, iaitu lapan orang berbanding seorang hingga tiga di kebanyakan sekolah lain.
Mereka ialah Mazinah Muda bagi mata pelajaran Biologi, Che Ramli Che Ismail (Kimia), Azalina Mohd Yusoff (Bahasa Inggeris), Rodziah Harun (Sejarah), Zakiah Zaid dan Noterzam Jaafar (Matematik Tambahan) serta Zahariah Ismail dan Mukhtar Yaacob (Matematik). Pengetua SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kamarudin Jaafar, berkata pihaknya ingin memastikan setiap mata pelajaran mempunyai sekurang-kurangnya seorang Guru Cemerlang kerana yakin mereka berupaya memainkan peranan penting dalam melonjak kecemerlangan sekolah. “Sesebuah institusi itu tergambar kecemerlangan apabila sistemnya digerakkan oleh sumber cemerlang, selain menerusi proses yang cekap.
MAZINAH sentiasa memastikan pemahaman pelajarnya meningkat.
“Berbekalkan kualiti Guru Cemerlang, saya yakin mereka berupaya memainkan peranan menyubur dan menyemarakkan budaya kecemerlangan di sekolah “Bagi memastikan setiap mata pelajaran mempunyai Guru Cemerlang, pihak pengurusan sekolah membangunkan kapasiti dan kemahiran guru menerusi kursus serta pemantauan berterusan, seterusnya menggalak dan mencadangkan guru memohon jawatan berkenaan ,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini. Kamarudin berkata, keupayaan Guru Cemerlang melonjak kecemerlangan sekolah terbukti menerusi peningkatan kecemerlangan pencapaian keseluruhan pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di samping mata pelajaran berkenaan. Beliau memberi contoh perbezaan pencapaian enam subjek diajar Guru Cemerlang dalam SPM tahun lalu semakin baik berbanding sebelumnya dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) Matematik Tambahan menurun daripada 2.46 pada 2006 kepada 1.90 tahun lalu, Biologi (3.42 kepada 2.28), Kimia (3.51 kepada 3.00), Sejarah (2.04 kepada 1.69) dan Matematik (1.02 kepada 1.01).
“Selain itu, Guru Cemerlang menjadi penggerak dan pemangkin kepada guru lain dalam mencapai kecemerlangan sekolah khususnya mata pelajaran menerusi pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran. “Guru Cemerlang di sekolah kami juga diterima sebagai role model serta rujukan guru lain apabila menghadapi kesulitan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran,” katanya. Kamarudin berkata, adanya dua Guru Cemerlang bagi subjek Matematik Tambahan turut memudahkan usaha sekolah memajukan bidang kebitaraan dalam subjek itu apabila disenaraikan sebagai kohort pertama sekolah kluster tahun lalu. Selain Matematik Tambahan, katanya, subjek Bahasa Jepun dan Perancis turut ditetapkan sebagai bidang kebitaraan akademik, manakala sukan hoki, golf, seni warisan tradisional, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi bagi kategori sukan dan kokurikulum. “Bagi memajukan bidang kebitaraan ini, sekolah memanfaatkan kepakaran luar berdekatan termasuk bekas pelajar, Hospital Universiti Sains Malaysia bagi R&D dan Kelab Golf Diraja Kelantan. “Peruntukan khas sekolah kluster RM200,000 daripada Kementerian Pelajaran dimanfaatkan untuk membina kemudahan asas dan pembangunan pelajar dalam bidang kebitaraan berkenaan,” katanya.